CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Selasa, 6 Jun 2017

Benarkah Ya Thaybah Lagu Syiah?



Baru-baru ini tersebar satu mesej yang mendakwa bahawa qasidah Ya Thaybah yang dinyanyikan oleh Haddad Alwi adalah lagu yang SYIRIK dan ada unsur SYIAH.
Benarkah begitu?

Pertama;

Thaybah itu merujuk kepada bumi Madinah Al Munawwarah yang bersifat sebagai penawar.

1)Penawar dari sudut majaz (kiasan) iaitu penawar kepada kerinduan terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم

2)Penawar dari sudut haqiqi,kerana tanah di bumi Madinah pernah digunakan oleh Rasulullah  صلى الله عليه وسلم sebagai ubat,seperti yang tertulis di dalam Sahih Al Bukhari;

حدثني  علي بن عبد الله حدثنا سفيان قال حدثني عبد ربه بن سعيد عن عمرة عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول للمريض بسم الله تربة أرضنا بريقة بعضنا يشفى سقيمنا بإذن ربنا

Telah mengkhabarkan kepada kami 'Ali bin Abdullah,telah mengkhabarkan kepada kami Sufyan Ibnu 'Uyaynah dari 'Abd Rabah bin Sa'id dari 'Imarah dari Sayyidatuna A'isyah رضيالله عنها beliau berkata, " Adalah Nabi صلى الله عليه وسلم mengucapkan jampi (ruqyah ) kepada orang yang sakit, "Dengan menyebut nama Allah (dan) debu tanah kami serta air liur sebahagian dari kami jadilah penyembuh penyakit kami dengan izin Tuhan kami"

Tanah yang digunakan Baginda adalah jelas tanah dari bumi Madinah,meskipun sebahagian  ulama' tidak mengkhususkan tanah dalam hadith ini kepada Madinah sahaja.

Justeru, tidak menjadi kesalahan langsung dalam ungkapan

يَا دَوَالْعيَا نَا
Wahai penyembuh kami

Kerana ia bukanlah memaksudkan kesembuhan itu datang dari Madinah dan bukan dari Allah,namun untuk mengisyaratkan ia boleh menjadi ubat,seperti yang warid dari hadith di atas.

Bahkan ucapan itu tidak ada bezanya jika kita mengatakan Panadol itu adalah penyembuh demam,atau ubat bagi demam,dengan erti Panadol itu hanya Asbab sahaja,sedangkan Allah lah yang Maha Menyembuhkan.
Melainkan jika i'tiqad pengucap itu bulat-bulat terhadap Panadol sebagai penyembuh,dan bukan Allah!

Kedua: Pujian kepada Sayyiduna 'Ali   كرم الله وجهه و رضي الله عنه و سلام الله عليه

Kesalahan pada lirik Ya Thaybah versi Haddad Alwi hanyalah kerana dia menggugurkan bait pujian kepada Sayyiduna Abi Bakr As Siddiq, Sayyiduna Umar Al Faruq,dan Sayyiduna Uthman Dzunnur'ayn رضي الله عنهم وسلام الله عليهم اجمعين

Lihat perbandingan lirik Qasidah seperti yang pernah dibacakan Syeikhuna Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari حفظه الله ورعاه dalam sebuah pengajian beliau (saya hanya akan terjemahkan bahagian yang menyebut keutamaan 3 orang khalifah tersebut);

 يا طيبة

يا طيبة يا طيبة يا دوا العيانا
اشتقنالك والهوا نادانا والهوا نادانا

سيدي يا أبا بكر حُبكم في القيامِ ذخري

 Duhai Tuanku,wahai Abi Bakr! Kecintaanku kepadamu,adalah kebanggaanku di hari Qiyamat nanti!
يا عمر اقضه بعمري وكذا سيدي عثمان
Wahai 'Umar,yang kutebus dirimu dengan umurku! Dan demikian juga Tuanku Uthman!

يا علي يا ابن أب طالب منكمُ المصدر والمواهب
هل ترى هل أرى لحاجب عندكم أفضل الغلمان

أسيادي الحسن والحسين للنبي قرة عين
يا شباب الجنتين جدكم صاحب الفرقان

Jadi mengapa penulis demikian tidak jujur dan dengan menuduh lagu Ya Thaybah sebagai lagu Syiah,dengan hanya melihat kepada versi Hadad Alwi sahaja tanpa membandingkan versi lain?

Dan Syeikh Misyari Rasyid Al Afasi juga pernah menyanyikan lagu Ya Thaybah dengan versi yang berbeza sedikit.Maka apakah beliau juga melakukan syirik dan cenderung kepada Syiah?

Ketepikan soal samada benar atau tidak Haddad Alwi itu Syiah ,dan kalau pun dia benar seorang Syiah sekalipun,apa-apa kesamaan dengan Syiah belum cukup membuktikan seseorang itu akan menjadi Syiah juga kerana persamaan itu.
Jika tidak,apakah kita juga hendak melarang pemakaian jubah kerana Syiah memakai jubah,supaya tidak terpengaruh menjadi Syiah?

Nasihat ikhlas dari saya,berlaku jujur dalam membuat kritikan dan jangan timbulkan kekeliruan!

Segala puji bagi Allah atas nikmat Hidayah dan Aqal yang sihat!

Al Faqir ila Allah Al Ghaniy,
Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1753655068259421&id=100008448330532

Tiada ulasan: